Thursday, December 12, 2019

بسم الله الرحمن الرحيم
Khamis
3.45 petang
KLIA 1

Doa musafir
Hari ini bermula hari bermusafir ke Tanah Suci. Sampai sekitar jam 10.30 pagi di KLIA 1. Flight jam 3.25 petang ditangguh ke jam 5 petang. Alhamdulillah, dapat berehat menunaikan solat dan makan sementara tunggu masa berkumpul semula. Naft Travel & Tours menjadi pilihan kami kali pertama ini. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan walaupun di saat-saat akhir berurusan dengan travel ini.



Mutawwif ustaz Ismail sangat berpengalaman membimbing jemaah umrah.


Beg daripada Naft Travel &Tours. Saat ini,bagasi sudah kargo. Dah berada di pintu utama berlepas… Semoga Allah permudahkan segalanya… آمين

Wednesday, December 11, 2019

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Bersyukur diberi nikmat Islam dan iman sehingga hari ini.

Posting pertama ini ditulis untuk mencatat permusafiran ke tanah suci  untuk menunaikan Umrah.



Doa mohon dikurniakan rezeki ke tanah suci;

اللهم ارزقنا زيارة بيتك المعظم ورسولك المكرم
Ya Allah, rezekikan kami menziarahi rumahMu yang agung dan Rasulmu yang mulia…
Amin Ya Robbal Alamin…

Tempat mustajabnya doa adalah di tanah suci Mekah dan Madinah…

Sekian…
Catatan muallimah88